PENGENALAN

Sekapur Sirih

Hj Kharudin bin Mustafa
Ketua Unit Latihan Dalam Perkhidmatan


Unit Latihan Dalam Perkhidmatan merupakan  salah satu unit yang terpenting dalam organisasi Institut Pendidikan Guru Malaysia amnya dan Kampus Kota Bharu khususnya. Ia telah dipertanggungjawabkan untuk memberi latihan kepada guru-guru  sekolah dalam pelbagai bidang. Di samping itu, unit ini juga bertanggungjawab untuk menganjurkan kursus-kursus dalaman untuk pensyarah dan juga staf sokongan di IPGM.

ULDP diterajui oleh seorang Ketua Unit serta dibantu oleh  beberapa pegawai pengurusan LDP dan penyelaras-penyelaras Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP). Penyelaras-penyelaras ini bertanggungjawab menguruskan pelaksanaan kursus dalam perkhidmatan yang dianjurkan dari semasa ke semasa.

Unit ini juga memainkan peranan dalam menjana dan menatar bidang pendidikan guru melalui program-program latihan dalam perkhidmatan yang dilaksanakan ke arah melahirkan guru bestari dalam konteks pembangunan modal insan yang seimbang untuk melestarikan wawasan pendidikan negara.